Majlis Malam Permata Gemilang 2022 (MPG’23) | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2023 » Majlis Malam Permata Gemilang 2022 (MPG’23)

Majlis Malam Permata Gemilang 2022 (MPG’23)

 
[SERDANG, 28 MEI] – TOP 5, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Malam Permata Gemilang yang merupakan majlis makan malam rasmi sejak menggunakan nama Kolej Tiga Belas lagi. Selain majlis makan malam, Majlis Malam Permata Gemilang ini juga menjadi medium bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah banyak menabur jasa serta mengharumkan nama Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
 
Buat julung kalinya, KTAG berkolaborasi bersama PASP untuk mewujudkan suasana yang lebih meriah dalam masa yang sama dapat menghubungkan pelajar KTAG iaitu di antara pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer 18) dan pelajar bacelor. Kolaborasi ini mendapat sambutan seramai 440 orang pelajar KTAG serta 47 orang tetamu jemputan.
Dengan membawa tema Classical English, majlis diserikan lagi dengan pelajar dan tetamu jemputan yang berpakaian segak serta membawa suasana klasik mengikut slogan Majlis Malam Permata Gemilang 2023 iaitu “Rasai Keagungan Abad ke-19”. Sebanyak 16 anugerah diberi kepada pelajar KTAG yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pelbagai aspek sepanjang pengajian mereka di KTAG. Anugerah utama iaitu Anugerah Perdana Gemilang Putra Cemerlang telah diraih oleh Saudari Auni Syakirah Anuar, pelajar bacelor tahun 3 yang turut membawa pulang piala, wang tunai sebanyak RM1000, jaket eksklusif serta sijil penghargaan.
 
Selaras dengan matlamat Universiti Putra Malaysia ke arah meningkatkan kualiti dan daya saing graduan, penganugerahan kepada mahasiswa diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada mahsiswa yang lain supaya dapat bergerak seiring ataupun bergerak lebih baik daripada penerima anugerah.
 
“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”
 
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2022/2023
Universiti Putra Malaysia
 

Updated:: 26/12/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFUDAx~