Festival Filem Pendek Interkolej (FESFIK) 2023 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2023 » Festival Filem Pendek Interkolej (FESFIK) 2023

Festival Filem Pendek Interkolej (FESFIK) 2023

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
[SERDANG, 13 OKTOBER] - Sekretariat Teknologi Maklumat dan Publisiti Kolej Tan Sri Aishah Ghani sesi 2022/2023 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan FESFIK 2023 yang merupakan sebuah pertandingan filem pendek yang bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang teknologi maklumat (ICT).
 
Program ini berlangsung selama 7 bulan bermula 15 Mac 2023 di mana para peserta diberi masa selama 6 bulan bagi pembikinan filem mengikut tema yang diberikan iaitu Melakar Masa Depan. Sebanyak 6 buah kolej telah pun menghantar penyertaan iaitu Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Kolej 14, Kolej 10, Kolej Sri Rajang dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah.
 
Malam Anugerah Festival Filem Pendek Interkolej 2023 telah diadakan pada 13 Oktober 2023 di Panggung Percubaan, UPM dan dihadiri oleh Tuan Abbas Salimi Che Adzmi@Azmi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Prof Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman dan Prof Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Mohd Noor, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
 
Diharapkan agar program ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat, mencipta karya seni yang bermanfaat serta platform untuk meraih pengiktirafan.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERILMU BERBAKTI”
 
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2023/2024
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 26/12/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
WXFUBAf~