Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2023 » Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023

Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023

     
 
Pada 20 dan 21 Januari 2023, Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023 merupakan sebuah program berbentuk sukarelawan yang dianjurkan oleh barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian (HICOM ASPer), Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan 6, Kampung Sungai Bunyi Mukim Rimba Terjun, Pontian Johor bertujuan untuk membantu menaikkan semangat pelajar B40 untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diadakan pada Mac 2023.
 
Objektif Kem ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar dengan memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjut pengajian selepas tamat SPM nanti. Program Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023 ini juga merupakan platform untuk para pelajar mengenali potensi dan kekuatan diri mereka melalui latihan dalam kumpulan yang dijalankan. Bukan itu sahaja, malah kem ini dapat menguatkan ukhuwah antara peserta dan dapat mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat antara para pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM.
 
Diharapkan aktiviti komuniti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar kolej dan menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.
 
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2022/2023
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 22/03/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFUBAk~