Salam Desa 3.0 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2023 » Salam Desa 3.0

Salam Desa 3.0

 
 
PONTIAN, 26 FEBRUARI- Sekretariat Sukarelawanan Komuniti Dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani 2022/2023 dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan 6, Kampung Sungai Bunyi telah menganjurkan Salam Desa 3.0.
 
Program komuniti yang berkonsepkan keluarga angkat ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai cinta akan sifat sukarelawanan dengan menabur bakti kepada masyarakat. Program ini melibatkan 22 mahasiswa dan mahasiswi UPM. Dalam pada itu, program ini diiktiraf sebagai peringkat antarabangsa disebabkan penglibatan 2 orang pelajar antarabangsa. Penglibatan pelajar antarabangsa juga bertujuan untuk pertukaran budaya diantara Malaysia dan Nigeria.
 
Selain itu, salah satu aktiviti salam desa iaitu aktiviti penanaman anak pokok bakau telah disertai oleh 92 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa antarabangsa dan mahasiswa tempatan.
 
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dan menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERILMU BERBAKTI”
 
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2022/2023
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 22/03/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFUAAN~