Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik 2023 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2023 » Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik 2023

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik 2023

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
[SERDANG, 8 OKTOBER] - Sekretariat Akademik dan Sahsiah (AKASIA), Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) dengan kerjasama pihak Pengurusan KTAG, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sebuah majlis yang meraikan kecemerlangan akademik yang diraih oleh warga KTAG.
 
Seramai 106 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang pelajar asasi dan 99 orang pelajar bacelor telah tersenarai sebagai penerima Anugerah Akademik Pengetua.
 
Anugerah Akademik Pengetua diberikan kepada mereka yang memperoleh CGPA 3.75 pada semester pertama dan semester kedua pada sesi yang lepas.
 
Diharapkan supaya majlis dan anugerah seperti ini dapat menjadi pembakar semangat kepada warga kolej untuk kekal cemerlang terutamanya dalam bidang akademik dan dapat bergerak seiring ataupun bergerak lebih baik daripada penerima anugerah.
 
“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”
 
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2023/2024
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 26/12/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFUCAb~