Dengan mengakses laman web dengan nama domain ("Laman Web") ini dan mana-mana halamannya, anda disifatkan telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini ("Terma dan Syarat") dan anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat tersebut tanpa had atau pengecualian walaupun pada hakikatnya anda tidak membaca Terma dan Syarat tersebut;
Kami berhak untuk menyemak Terma dan Syarat dari semasa ke semasa dengan budi bicara mutlak kami tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada anda dan kami tidak bertanggungan atas apa jua sebab atau alasan kesan daripada penyemakan tersebut; DAN
Jika anda tidak bersetuju atau tidak berpuas hati dengan mana-mana Terma dan Syarat, sila berhenti untuk terus mengakses dan tinggalkan Laman Web ini dengan segera.
Material-material
Laman Web ini mengandungi teks, perisian, pangkalan data, format, grafik, imej, fail audio, fail animasi, fail video dan karya bertulis dan material-material lain sama ada dibangunkan oleh UPM atau pihak-pihak lain bagi pihak UPM ("Material-material");
Walaupun langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk memastikan kebenaran dan ketepatan Material-material, kami tidak memberi apa-apa representasi, jaminan atau waranti terhadap keterkinian, ketepatan, kebolehgantungan, kualiti, kebenaran, kesesuaian, ketepatan masa, kecukupan dan kesempurnaan Material-material dan anda tidak harus bergantung kepada Material-material tersebut;
Kami menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua liabiliti yang mungkin timbul yang berkaitan dengan Material-material; DAN
Kami berhak untuk menambah, memadamkan atau membuat sebarang pindaan terhadap mana-mana Material-material tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Material-material Pihak Ketiga
Laman Web ini mungkin mengandungi maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan/diiklankan oleh pihak ketiga ("Material-material Pihak Ketiga"), yang bertujuan untuk kemudahan anda sahaja;
Oleh kerana Material-material Pihak Ketiga merupakan material-material yang disediakan/diiklankan oleh pihak ketiga:
Kami tidak memberi apa-apa representasi, jaminan atau waranti mengenai keterterkinian, ketepatan, kebolehgantungan, kualiti, kebenaran, kesesuaian, ketepatan masa, kecukupan dan kesempurnaan Material-material Pihak Ketiga;
Kami tidak mengendorskan atau mengesyorkan mana-mana Material-material Pihak Ketiga;
Kami menolak sebarang tuntutan terhadap apa jua liabiliti yang mungkin timbul yang berkaitan dengan Material-material Pihak Ketiga.
Kami amat menyarankan agar anda menyemak dan memeriksa dengan teliti Material-material Pihak Ketiga dan terma dan syarat yang berkaitan dengannya.
Perkhidmatan
Laman Web ini telah disediakan dengan suci hati bagi kegunaan pendidikan sahaja tanpa sebarang waranti sama ada yang nyata atau tersirat;
Kami menyediakan, antaranya, perkhidmatan-perkhidmatan berikut melalui Laman Web ini:
Perkhidmatan perpustakaan melalui http://www.lib.upm.edu.my/;
Perkhidmatan Audio dan Audio Visual Secara Langsung melalui http://live.upm.edu.my/ dan http://www.upm.edu.my/?akt=audio;
Perkhidmatan Pejabat Pendaftar melalui http://reg.upm.edu.my/reg/index.php; DAN
Berita-berita dan acara-acara melalui http://marcomm.upm.edu.my/news.
("Perkhidmatan"), tertakluk kepada terma dan syarat yang berkaitan dengan Perkhidmatan seperti yang terkandung dalam Laman Web ini ("Terma dan Syarat Perkhidmatan"); DAN
Kami memelihara berhak:
Untuk menggantung atau membatalkan akses anda kepada mana-mana Perkhidmatan;
Untuk menyemak, menggantung atau memberhentikan Perkhidmatan;
Untuk menyemak Terma dan Syarat Perkhidmatan, dari semasa ke semasa dengan budi bicara mutlak kami tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada anda dan kami tidak bertanggungan atas apa jua sebab akibat daripada penyemakan tersebut.
KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN