UTAMA | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI

ASASI SAINS PERTANIAN

UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang SPM/kelayakan setaraf untuk program Asasi Sains Pertanian. Para pelajar Asasi Sains Pertanian akan ditempatkan di Kolej Tan Sri Aishah Ghani dan beberapa kolej kediaman lain berdasarkan jumlah keseluruhan pelajar mendaftar untuk Asasi Sains Pertanian. Pendaftaran dan maklumat lanjut tentang program ini boleh diperoleh melalui aplikasi dalam talian seperti di sebelah.

PRASISWAZAH

UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Para pelajar Prasiswazah akan ditempatkan di Kolej Tan Sri Aishah Ghani berdasarkan kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.af sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Para pelajar prasiswazah akan ditempatkan di Kolej Tiga Belas berdasarkan kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. 

PASCASISWAZAH

Pihak Kolej Tan Sri Aishah Ghani juga menerima penempatan untuk para pelajar pasca siswazah sepanjang mereka melangsungkan pengajian mereka di UPM.

Pihak UPM menyediakan rangkaian aplikasi secara online untuk para pelajar UPM, pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Manakala pihak Kolej Tan Sri Aishah Ghani pula mendukung impian UPM dan merealisasikannya dengan menyediakan perkhidmatan dan penginapan yang kondusif, ceria dan bersih untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran masing-masing. 

Kolej Tan Sri Aishah Ghani juga menerima tempahan untuk menginap di kolej kediaman ini bagi para pelajar prasiswazah, pascasiswazah, agensi luar, universiti lain dan sebagainya jika terdapat majlis atau program yang dianjurkan oleh pihak universiti dengan kadar bayaran yang tertentu. Butiran lanjut mengenai kadar bayaran yang dikenakan boleh didapati dipautan-pautan yang terdapat di sebelah kanan paparan laman web ini.

Saban tahun para pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang pernah menetap di sini akan meninggalkan kolej dan memasuki ruang pekerjaan. Alumni Kolej Tan Sri Aishah Ghani dialu-alukan untuk mengikuti dan mendaftar dengan Pusat Alumni UPM untuk terus berkhidmat dan berbakti dengan komuniti masyarakat selaras dengan seruan moto UPM, "Berilmu dan Berbakti." 

Bukan itu saja, alumni-alumni Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang pastinya mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dialu-alukan untuk mengisi Borang Alumni Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan harapan segala informasi yang diberikan boleh digunakan untuk dihubungi semula bagi menjayakan program-program anjuran Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang memerlukan sokongan alumni seperti program reunion, bual bicara bersama Ex-Officio MTM bagi setiap sesi dan program santai bersama para pelajar yang masih menetap di Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Capaian tersebut boleh didapati di sini.

artikel
TAHNIAH MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ, KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI SESI 2023/2024
MPK SESI 2023/2024
TAHNIAH MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ, KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI SESI 2023/2024
KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK
KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK
8 INISITATIF KELESTARIAN UNTUK UPM
8 INISITATIF KELESTARIAN UNTUK UPM
Artikel-artikel lain...
berita
PESTA KONVOKESYEN UPM-47
PESTA KONVOKESYEN UPM-47
Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian Sempena Majlis Konvokesyen ke 47 Universiti Putra Malaysia akan diadakan pada 24 November sehingga 1 Disember 2023 di sekitar Bangunan Canselori Putra, UPM. Antara jualan menarik yang akan diadakan sekitar ekspo pertanian ialah jualan buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan pelbagai jenis anak pokok. Seluruh warga UPM, Alumni dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana. Pelbagai aktiviti dan jualan menarik menanti anda!
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
twitter.png
insta.png
SWMGAAq:00:17