Talk To Gain And Heal 2.0 Kami Keluarga Upm : Bangkit Merawat Kesihatan Mental | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2022 » Talk To Gain And Heal 2.0 Kami Keluarga Upm : Bangkit Merawat Kesihatan Mental

Talk To Gain And Heal 2.0 Kami Keluarga Upm : Bangkit Merawat Kesihatan Mental

 
 
SERDANG, 29 OKTOBER - Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Forum Perpaduan Talk To Gain and Heal 2.0 Kami Keluarga UPM : Bangkit Merawat Kesihatan Mental pada 29 Oktober 2022.
 
Program ini bertujuan menambah ilmu pengetahuan mahasiswa UPM tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, cara mengatasinya serta tanda tanda awal gangguan kesihatan mental.
 
Forum Perpaduan : Talk To Gain And Heal 2.0 Kami Keluarga UPM : Bangkit Merawat Kesihatan Mental ini merupakan program anjuran Jawatankuasa Ketua Blok, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan (SKP) Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani untuk memupuk nilai keprihatinan dan perpaduan dalam diri mahasiswa UPM.
 
"Program ini perlu diteruskan kerana program seperti ini memberi manfaat kepada para mahasiswa UPM." Ujar salah seorang peserta forum Talk To Gain and Heal 2.0.
 
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat menambahkan lagi pengetahuan pelajar dalam bidang kesihatan mental dan memberi pendedahan tentang langkah dan cara mengatasi stress.

Updated:: 06/11/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
WXFUCAP~