Ke Arah Mahasiswa Celik Al-Quran | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2022 » Ke Arah Mahasiswa Celik Al-Quran

Ke Arah Mahasiswa Celik Al-Quran

Pada Malam Kemuncak Ace Qur’an: Daurah Tuhfatul Atfal, TYT Ambassador Zamani Ismail, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir selaku perasmi majlis tersebut berkata dalam ucapan beliau, “Kita perlu memastikan setiap individu muslim, khususnya di Malaysia, mampu membaca Al-Qur’an,”. Hal ini demikian kerana, menurutnya, peratusan individu yang tidak mampu membaca Al-Qur’an di Malaysia amat membimbangkan. Program yang dianjurkan ini diharapkan dapat meningkatkan kadar peratusan mahasiswa yang celik Al-Qur’an seterusnya menghayati isi kandungannya di dalam kehidupan seharian, sejajar dengan kehendak Pelan Strategik Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Putra Malaysia di bawah teras kerohanian, iaitu membina mahasiswa yang teguh fahaman rohani dalam kehidupan bermasyarakat.

Updated:: 21/04/2022 [norazlina_m]

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFUFAL~