Pertandingan Poster Infografik Spread The Facts | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2022 » Pertandingan Poster Infografik Spread The Facts

Pertandingan Poster Infografik Spread The Facts

Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) telah menganjurkan Pertandingan Poster Infografik Spread The Facts pada 17 Oktober sehingga 28 Oktober 2022.
 
Aktiviti ini merupakan salah satu usaha daripada pihak Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani untuk memberi platform kepada para pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani untuk menyampaikan maklumat dan info dengan cara yang kreatif dan ringkas. Seterusnya memberi pendedahan kepada masyarakat supaya lebih cakna tentang kesihatan mental.
 
Aktiviti ini juga turut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan jumlah penyertaan sebanyak 42 penyertaan yang terdiri daripada dua kategori iaitu 5 penyertaan dari kategori berkumpulan dan 37 penyertaan dari kategori individu. Seterusnya, aktiviti yang berlangsung selama sebulan ini juga melibatkan aktiviti seperti tempoh penghantaran poster peserta, penjurian dan penyampaian hadiah yang dibuat bersama Majlis Penutup Gapura Takma 1.0 yang diadakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Gapura Takma 1.0.
 
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran mahasiswa universiti terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental dan menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.

Updated:: 06/11/2023

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFUEAS~