SEMARAK SISWA MADANI @ TURKIYE 2024 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» ACTIVITIES » SEMARAK SISWA MADANI @ TURKIYE 2024

ACTIVITIES

Event Title
SEMARAK SISWA MADANI @ TURKIYE 2024
Date
01 Mar 2024 - 12 Mar 2024
Time
08.00 - 12.00
Location
TURKEY
Event Summary
Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani akan menganjurkan program pertukaran pelajar ke institusi pengajian luar negara selama 2 minggu. Pada sesi 2023/2024, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani bercadang untuk mengadakan program seiring dengan Key Perfomance Indicator (KPI) Univerisiti Putra Malaysia iaitu Semarak Siswa Madani @ Turkiye 2024. Program ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti pertukaran budaya dan sukarelawan di luar negara terutamanya di Turkiye dan Malaysia. Konsep yang diguna pakai bagi program ini adalah secara pembelajaran di luar kelas yang melibatkan aspek budaya (Culture).
Aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan di antara pelajar Malaysia dan masyarakat Turkiye adalah betujuan untuk mewujudkan hubungan baik serta saling berkongsi idea berkaitan akademik dan budaya. Oleh itu, pelajar yang terlibat dengan program ini juga akan berpeluang menjalani kehidupan di luar negara seterusnya mempelajari perbezaan budaya, gaya hidup dan bertukar pendapat serta menjadi duta kecil UPM yang mempromosikan UPM kepada masyarakat luar. Dengan ini, usaha UPM untuk melahirkan graduan yang unggul dan mampu bersaing di peringkat global dapat menjadi kenyataan setelah menerima pelbagai pendedahan yang diterima sepanjang program mobiliti ini berlangsung. Sekiranya pelajar yang menyertai program mobiliti ini mempraktikkan budaya dan nilai positif yang diperoleh daripada program ini, hasrat UPM dan negara untuk melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing dapat dicapai.

Updated:: 05/03/2024 [noriza]

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
WXFUBAL~