Pani Puri Bawa Kelainan Di Bazar KTAG UPM | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» NEWS » Pani Puri bawa kelainan di Bazar KTAG UPM

Pani Puri bawa kelainan di Bazar KTAG UPM

 

 

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Saleha Harun  

SERDANG, 29 Mac – Nasi putih bersama aneka pilihan lauk-pauk serta kuih-muih menjadi pilihan yang sering dicari oleh pengunjung di bazar ramadan untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.

Namun, di bazar ramadan Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), Universiti Putra Malaysia (UPM), membawa kelainan apabila R. Kaliamal, 53, menjual snek makanan ringan masyarakat India dari negara India yang dikenali sebagai Pani Puri.

Kaliamal berkata idea untuk menjual snek berkenaan di bazar ramadan adalah untuk memperkenalkan makanan yang enak dan popular dalam masyarakat India kepada warga UPM serta memberi pilihan makanan kepada pengunjung yang hadir di bazar berkenaan.

“Pani puri mempunyai rasa klasik manis, masam dan pedas yang menjadi antara pilihan istimewa yang ditawarkan di bazar KTAG UPM. Ia merupakan keropok bebola roti puri dan dimakan bersama ubi kentang, bawang merah, yogurt, sos hijau dan campuran maruku,” katanya.

Selain itu, anak perempuannya yang bertugas di Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM, P. Pavithra turut membantunya menguruskan jualan di bazar setelah tamat waktu bekerja.

Pavithra mengakui sedikit teruja apabila sambutan terhadap pani puri ibunya itu mendapat penerimaan yang baik oleh pelajar UPM khasnya. -UPM

Date of Input: 11/04/2023 | Updated: 11/04/2023 | noriza

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
WXFUHAf~