PROGRAM SALAM DESA @ PULAU TUBA SIRI 3: DIGITAL KREATIF DAN KELESTARIAN HIJAU | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» NEWS » PROGRAM SALAM DESA @ PULAU TUBA SIRI 3: DIGITAL KREATIF DAN KELESTARIAN HIJAU

PROGRAM SALAM DESA @ PULAU TUBA SIRI 3: DIGITAL KREATIF DAN KELESTARIAN HIJAU


LANGKAWI, 11 Disember 2025 – Sekretariat Kesukarelawan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, sesi 2025/2026, dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), penduduk Kampung Pulau Tuba, Langkawi, serta Majlis Perwakilan Fakulti Sains (FaSSA), telah menganjurkan Program SALAM DESA Pulau Tuba Siri 3 yang berlangsung selama empat hari tiga malam di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah.

Program ini melibatkan seramai 25 orang pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani, 15 orang pelajar Fakulti Sains serta 2 orang pelajar antarabangsa yang sudi menyertai penganjuran program ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program keluarga angkat yang melibatkan kesemua pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani, pelajar Fakulti Sains dan pelajar antarabangsa. Selain itu, aktiviti pendidikan STEM yang melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi turut dijalankan oleh pelajar-pelajar Fakulti Sains. Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain yang telah dilaksanakan seperti membantu Program CSR Misi Bantuan Tengkujuh anjuran Yayasan Food Bank Malaysia, pengenalan baja kompos, serta penanaman pokok bakau di sekitar kawasan Pulau Tuba.

Pelbagai manfaat telah diperoleh daripada penganjuran program ini, antaranya mengukuhkan hubungan antara pelajar dan komuniti Pulau Tuba, menyokong kesejahteraan penduduk setempat melalui aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan, serta meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pemeliharaan alam sekitar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti yang mampan.

“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2025/2026
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 20/02/2026 | Updated: 20/02/2026 | noriza

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (10:47:17pm-10:52:17pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]