KEM PEMANTAPAN JIWA PUTRA 2025 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» STUDENTS ACTIVITIES » 2025 » KEM PEMANTAPAN JIWA PUTRA 2025

KEM PEMANTAPAN JIWA PUTRA 2025

SERDANG, 25 Disember – Kem Jati Diri Pelajar Siri 5 merupakan sebuah program berbentuk sukarelawan  yang dianjurkan oleh barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan SK Brumas, Sabah bertujuan untuk mendedahkan pengalaman universiti kepada pelajar darjah 6 dari pedalaman.

Kem Jati Diri Pelajar Siri 5 ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman sebenar suasana universiti kepada pelajar dari pedalaman. Ia adalah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh dari sekarang sehingga ke peperiksaan besar supaya dapat menjejakkan kaki ke pembelajaran di peringkat tinggi.

Selain aktiviti di dalam universiti, para peserta juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk membuka minda terhadap dunia sains dan sejarah. Antara lokasi menarik yang dilawati termasuklah Petrosains, Pusat Sains Negara, Taman Botani Perdana dan Muzium Bank Negara.

Selain itu, Kem Jati Diri Pelajar Siri 5 ini juga telah memberi pendedahan kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada mahasiswa Kolej Tan Sri Aishah Ghani tentang memberi semula kepada komuniti serta masyarakat dengan cara menguruskan aktiviti dan kebajikan para peserta kem ini sepanjang mereka berada di sini.

Menurut Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Dr. Daljit Singh Karam Singh, program seperti ini memberi peluang kepada murid untuk mengenali kekuatan diri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Beliau turut berharap agar peserta kem ini mampu menjadi modal insan berminda kelas pertama yang bakal berbakti kepada negara pada masa hadapan.

 

Updated:: 20/01/2026 [norazlina_m]

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
X, (07:35:22am-07:40:22am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]