PLANET GATHERING | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» NEWS » PLANET GATHERING

PLANET GATHERING

SERDANG, 5 NOVEMBER- Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Planet Gathering pada 29 Oktober 2022 dan 5 November 2022.
 
Program ini merupakan satu program berbentuk kesukarelawanan kepada para pelajar bagi memupuk dan menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa supaya mereka dapat menerapkan semangat ini pada masa akan datang.
 
Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Ketua Blok, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawanan dan Teknologi Hijau (SUKTEK) Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani agar dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai sifat yang cakna akan kebersihan alam sekitar serta mempunyai nilai tanggungjawab dalam menjaga fasiliti dan kemudahan yang disediakan di kawasan Univerisiti Putra Malaysia melalui aktiviti gotong-royong dan juga aktiviti melukis mural.
 
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dan lebih menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.
 
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERILMU BERBAKTI”
 
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2022/2023
Universiti Putra Malaysia

Date of Input: 12/01/2023 | Updated: 31/01/2023 | sue_ainie

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
WXFUIAr~