SERDANG, 13 NOVEMBER - Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan aktiviti Aishah Ghani’s Colour Run 2022 yang melibatkan semua pelajar UPM dari semua kolej kediaman di kampus Serdang dengan jayanya secara fizikal di Dewan Putra 1, KTAG dan sekitar UPM pada 13 November 2022 (Ahad).
Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat serta melahirkan pelajar yang berdaya saing dan aktif dalam bidang sukan.
Aktiviti Aishah Ghani’s Colour Run 2022 ini merupakan aktiviti dibawah program Gapura Takma anjuran Jemaah Ketua Blok, Majlis Perwakilan Kolej, KTAG dengan kerjasama Sekretariat Sukan dan Rekreasi (SUREA) Majlis Perwakilan Kolej, KTAG untuk memupuk nilai perpaduan dan mengeratkan hubungan antara semua pelajar.
“Aktiviti ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar iaitu seramai 632 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari pelbagai kolej kediaman UPM”. Ujar saudara Aidil, pengarah aktiviti Aishah Ghani’s Colour Run 2022.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan lebih menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERILMU BERBAKTI”
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2022/2023
Universiti Putra Malaysia





Date of Input: 13/01/2023 |
Updated: 31/01/2023 | sue_ainie
MEDIA SHARING