PRINCIPLE WORDS | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» ABOUT US » INTRODUCTION » PRINCIPLE WORDS

PRINCIPLE WORDS

 

Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Laman Web KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI.

SEJAHTERA CERIA TERBILANG.

Motto yang dipegang kolej sejak penjenamaan semula kolej pada 2022 kepada nama baharu Kolej Tan Sri Aishah Ghani menggambarkan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan penginapan yang terbaik kepada pelajar Universiti Putra Malaysia.

Ini sekaligus membantu perkembangan pelajar yang unggul dan pembinaan modal insan yang berketerampilan, berinovasi dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Saya berharap semua dapat mengenali dengan lebih dekat lagi Kolej dengan melayari laman web kami ini. Paparan-paparan aktiviti pelajar kolej, barisan felo dan pegawai-pegawai kolej sentiasa dikemaskini agar memberikan maklumat yang tepat bukan sahaja pada pelawat amnya,dan pelajar Universiti khususnya.

Saya berharap semua dapat mengenali dengan lebih dekat lagi Kolej dengan melayari laman web kami ini. Paparan-paparan aktiviti pelajar kolej, barisan felo dan pegawai-pegawai kolej sentiasa dikemaskini agar memberikan maklumat yang tepat bukan sahaja pada pelawat amnya dan pelajar Universiti khususnya.

Buat pelajar kolej, saya amat berharap kita raikan kepelbagaian dalam hidup berharmoni bersama serta sentiasa berusaha menjadi yang terbaik bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan dalam bidang sahsiah dan keterampilan diri. 

Terima kasih.

Dr. Daljit Singh Karam Singh

Pengetua

Kolej Tan Sri Aishah Ghani

Universiti Putra Malaysia

Updated:: 08/05/2024

MEDIA SHARING

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
WXFUGAz~