DEBAT BELIA INTERKOLEJ UPM 2020 | TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
» ACTIVITIES »

Event Title
DEBAT BELIA INTERKOLEJ UPM 2020
Date
29 Feb 2020 - 02 Mar 2020
Time
10.00 - 05.00
Location
Kolej Tiga Belas dan Panggung Percubaan UPM
Event Summary
Pertandingan Debat Belia Interkolej UPM 2020 atau DEBIT2020 merupakan pertandingan debat yang dianjurkan oleh Sekretariat Akademik dan Sahsiah (AKASIA) Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Kelab Debat Bahasa Melayu UPM (KDBM Putra) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain penyertaan kolej kediaman UPM, pertandingan ini turut terbuka kepada pasukan daripada institusi pengajian tinggi dalam negeri Selangor yang lain. Pertandingan debat belia ini diadakan bertujuan untuk mencari belia belia yang mampu berfikiran kritis dan kreatif dalam membincangkan sesuatu isu tanpa menyentuh perkara sensitif. Pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat bakat belia yang mampu berkomunikasi dengan yakin dan baik di khalayak ramai terutamanya dalam membincangkan isu isu semasa. Pertandingan ini sudah semestinya diharapkan dapat memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada belia malah kepada masyarakat dan negara. Pentas akhir pertandingan debat akan dilaksanakan pada 2 Mac 2020 di Panggung Percubaan, UPM pada pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam.

Updated:: []

TAN SRI AISHAH GHANI COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
F, (09:17:39pm-09:22:39pm, 13 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]