SALAM DESA PONTIAN SIRI 3 : TECH4ALL MADANI
PONTIAN, 23 NOVEMBER – Program Salam Desa Pontian Siri 3: TECH4ALL Madani telah berjaya dilaksanakan dari 20 hingga 23 November 2025 di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), Universiti Putra Malaysia.