SALAM DESA PONTIAN SIRI 3 : TECH4ALL MADANI | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » SALAM DESA PONTIAN SIRI 3 : TECH4ALL MADANI

SALAM DESA PONTIAN SIRI 3 : TECH4ALL MADANI


PONTIAN, 23 NOVEMBER – Program Salam Desa Pontian Siri 3: TECH4ALL Madani telah berjaya dilaksanakan dari 20 hingga 23 November 2025 di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), Universiti Putra Malaysia.

Program ini bertujuan memperkasa komuniti setempat, khususnya golongan B40, melalui peningkatan celik digital, keusahawanan komuniti dan penggunaan media sosial secara strategik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk sistem keluarga angkat, perkongsian keusahawanan, Gerak Usahawan bagi memasarkan produk tempatan, gotong-royong serta pengisian kebudayaan.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memberi impak positif kepada komuniti, malah membentuk sahsiah pelajar melalui penerapan nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan dan komunikasi berkesan selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti yang inklusif dan lestari.

“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Sesi 2025/2026
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 20/02/2026 | Kemaskini: 20/02/2026 | noriza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
F, (07:02:54pm-07:07:54pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]