Kolej Tan Sri Aishah Ghani mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Universiti Putra Malaysia terutamanya warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Tahun baru, lembaran baru, dan harapan baru!
Setiap detik masa yang berlalu mengingatkan kita tentang erti syukur dan kekuatan untuk terus melangkah maju. Mari kita jadikan 2026 tahun yang penuh makna, dengan semangat baharu dan azam yang lebih besar.
Pihak Kolej Tan Sri Aishah Ghani ingin mengucapkan semoga tahun ini membawa kejayaan, kebahagiaan, dan peluang untuk kita semua terus melakar kecemerlangan
Sekian, terima kasih.
“Sejahtera, Ceria, Terbilang”
Ikhlas daripada seluruh warga,
Kolej Tan Sri Aishah Ghani,
Universiti Putra Malaysia
Tarikh Input: 20/02/2026 | Kemaskini: 20/02/2026 | noriza

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN