
SERDANG, 23 FEBRUARI – Program Sunnah Atau Trend : Mana Pilihan Anda merupakan satu program ilmiah berbentuk forum yang julung kali diadakan di Kolej Tiga Belas. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan Kolej Tiga Belas. Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia serta Bahagian Wazan Dan Endowmen bersama Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Universiti Putra Malaysia.

Program ini merupakan salah satu wadah ilmu untuk para pelajar menimba ilmu pengetahuan serta mengamalkannya. Program ini bukan sekadar memberi impak pada para pelajar Kolej Tiga Belas malah pada pelajar kolej lain juga kerana mereka turut serta di dalam program ini. Selain dari itu, program ini juga mengajar ahli jawatankuasa untuk mengurus program dan merancang aturcara supaya berjalan lancar.
Majlis ini telah disertai oleh dua tetamu jemputan sebagai panel iaitu Ustaz Muhammad Muhaimin bin Zainal Abidin dan Nurul Syafiqah Binti Mohamed Hanafiah. Kedua-dua panel ini mempunyai pengalaman yang sangat luas terutama dalam bidang Al-Quran dan Al-Sunnah.
“Sebagai seorang mahasiswa, kita perlu pandai mengambil kesempatan dalam melakukan dan mengamalkan sunnah. Ini kerana ketika belajarlah kita mempunyai masa yang panjang serta ruang dan peluang untuk mengamalkannya.,” kata Ustaz Muhaimin ketika sesi forum yang dihadiri kira-kira 100 orang pelajar.Majlis ini juga dihadiri oleh Felo Pemantau iaitu Cik Aiza Shaliha Binti Jamaluddin dan beberapa Ahli Majlis Perwakilan Kolej Tiga Belas.

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 27/02/2020 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN