SERDANG, 28 OKTOBER – Program Serdang Heritage: Bicara Kerjaya telah diadakan di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia. Program anjuran Sekretariat Sukarelawan dan Komunikasi (SUKOM) Kolej tiga Belas dengan kerjasama Pusat Alumni UPM (ACUPM) ini merupakan suatu program berkonsepkan forum yang dijalankan sebagai satu platform jalinan ukhwah di antara alumni dan pelajar kolej Tiga Belas, UPM.
Program ini dihadiri oleh alumni Kolej Mohamad Rashid iaitu En. Abd Hadi Samsi dan alumni Kolej Tiga Belas iaitu En Nor Hafis Bin Haji Zakaria dan Muhammad Fazli Bin Jasli sebagai panel pada malam itu bagi berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang bergelar pelajar kolej dan UPM. Selain itu, Pengetua Kolej Tiga Belas, Ybhg. Prof Madya. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor turut hadir ke program ini bagi meriahkan lagi program ini dan diiringi oleh Ketua Felo Kolej Tiga Belas, Dr. Mohd Firdaus Ismail dan tetamu terhormat.
Ucapan perasmian dan alu-aluan oleh Pengetua Kolej, Ybhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor
Para ahli panel bersama moderator, Saudara Zubair Nor Patwa, En. Muhammad Fazli Jasli, En. Nor Hafis Zakaria dan En. Abdul Hadi Samsi.
Salah seorang peserta, Saudara Azim Hakimi ketika sesi soal jawab berlangsung
Tarikh Input: | Kemaskini: |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN