SALAM DESA MADANI 4.0@PULAU TUBA | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » SALAM DESA MADANI 4.0@PULAU TUBA

SALAM DESA MADANI 4.0@PULAU TUBA

   
   

LANGKAWI, 5 NOVEMBER 2023 – Salam Desa Madani 4.0@Pulau Tuba merupakan sebuah program berbentuk sukarelawan  yang dianjurkan oleh Sekretariat Kesukarelawan Komuniti dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia dan Penduduk Kampung Pulau Tuba, Langkawi bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan menerapkan semangat jati diri di kalangan murid Pulau Tuba, Langkawi.

Objektif Program ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar dengan memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjut pengajian selepas tamat SPM nanti. Program Salam Desa Madani 4.0@Pulau Tuba ini juga merupakan platform untuk para pelajar mengenali potensi dan kekuatan diri mereka melalui latihan dalam kumpulan yang dijalankan. Bukan itu sahaja, malah program ini dapat menguatkan ukhuwah antara peserta dan dapat mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat antara para pelajar dan masyarakat setempat.

Diharapkan aktiviti komuniti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar kolej dan menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 15/03/2024 | wanrohani

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (12:13:07pm-12:18:07pm, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]