
SEKINCHAN, 17 NOVEMBER – Sekretariat Sukarelawan dan Komuniti (SUKOM), Kolej Tiga Belas telah menganjurkan Program Salam Desa bertempat di Kampung Parit 8, Sungai Leman, Sekinchan pada 15-17 November 2019. Selaras dengan moto Universiti Putra Malaysia “Berilmu Berbakti”, program kesukarelawanan ini membuka peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam program komuniti berimpak tinggi. Program ini disertai oleh 35 orang pelajar dengan dua orang pegawai pengiring.
Program Salam Desa ini merupakan medan terbaik bagi warga universiti dalam menjalankan tanggungjawab sosial melalui perkongsian ilmu. Antara pengisian program adalah program “Knowledge Transfer: Food Dining” yang berkisar berkaitan proses dan etika pemprosesan makanan. Aktiviti lain termasuklah gotong-royong, memancing menggunakan ‘joran kampung’, malam barbeku, lawatan ke Kilang Beras Sekinchan dan Kilang Kerepek Masri serta majlis penutupan yang dihadiri Pengetua Kolej Tiga Belas, Ybhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor.

Tarikh Input: 16/01/2020 | Kemaskini: 16/01/2020 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN