SALAM DESA 3.0 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » SALAM DESA 3.0

SALAM DESA 3.0

 

PONTIAN, 26 FEBRUARI - Program Salam Desa 3.0 anjuran Sekretariat Sukarelawan Komuniti dan Teknologi Hijau (SUKTEK) merupakan program yang bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang cinta akan sifat sukarelawanan dengan menabur bakti kepada masyarakat Kampung Sungai Bunyi, Mukim Rimba Terjun, Pontian. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang berminat untuk menimba pengalaman dalam program komuniti untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bertarikh 24, 25 & 26 Februari 2023 bertempat di Kampung Sungai Bunyi, Mukim Rimba Terjun, Pontian.

Program ini merupakan salah satu usaha daripada pihak Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani untuk menanam sifat bantu-membantu dalam diri pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani sekaligus menghargai alam sekitar melalui aktiviti penanaman paya bakau. Seterusnya mengenal pasti potensi dalam diri kalangan pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar.

Melalui program ini mahasiswa dapat merasai sendiri situasi sebenar kehidupan bermasyarakat di kampung sertamewujudkanjalinan ikatan silaturahim yang erat bersama penduduknya melalui aktiviti yang telah diadakan. Program ini bermula dengan Majlis Perasmian dan Penyerahan Keluarga Angkat pada 24 Februari 2023 yang telah disampaikan oleh penghulu Mukim Rimba Terjun iaitu Encik Mohd Hisyam Bin Mohd Mazlan. Melalui praktikal konsep keluarga angkat ini, para pelajar dapat menambahkan pengalaman dengan merasai kehidupan tinggal di kampung sekaligus mengeratkan ukhuwah bersama masyarakat Kampung Sungai Bunyi. Hari kedua iaitu pada 25 Februari 2023 dimulakan dengan aktiviti Senaman Aerobic Zumba yang diketuai oleh Ariff Aiman bin Ayob bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan meningkatkan semangat bagi melakukan aktiviti seterusnya. Program diteruskan pula dengan gotong-royong yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan merewang, kumpulan memasak dodol dan kumpulan melukis mural. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman baru serta melakar memori indah bersama komuniti. Di waktu petang, aktiviti TownHall yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk kampung dan para pelajar untuk beramah mesra dan mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Sanator Dato’ Hj. Jefridin bin Hj. Atan iaitu ahli undangan negeri Johor (ADUN KUKUP) dan ahli dewan negara. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti Malam Kebudayaan Johor yang mempersembahkan persembahan silat dan kuda kepang daripada penduduk kampung Sungai Bunyi serta persembahan Inang daripada sebahagian pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengenali budaya dan tarian negeri Johor sebagai ilmu tambahan. Pada hari terakhir pula, program diakhiri dengan Majlis Penutupan Salam Desa 3.0 dan Pelancaran Penanaman Pokok Paya Bakau yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Hj. Jefridin bin Hj.Atan dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif untuk memulihara kawasan paya bakau di tapak penanaman pangkalan timur laut, Teluk Kerang.

Gambar menunjukkan sesi fotografi bersama semua peserta Salam Desa 3.0 bersama felo sebelum berangkat ke Pontian, Johor menaiki bas UPM.
 .
Gambar menunjukkan majlis penyerahan keluarga angkat.
.
Gambar menunjukkan slot gotong royong merewang yang terdiri daripada aktiviti merewang.
.
Gambar menunjukkan sesi fotografi bersama ADUN KUKUP selepas sesi Town Hall bersama beliau.
.
Gambar menunjukkan upacara menurunkan tandatangan oleh Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor UPM dan Yang Berhormat Senator Dato’ ADUN KUKUP bagi gimik pelancaran aktiviti penanaman pokok paya bakau.
.
Gambar menunjukkan peserta program penanaman pokok paya bakau sedang menanam anak pokok paya bakau di Kawasan Teluk Kerang.

 

Tarikh Input: 23/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | wanrohani

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (05:34:23pm-05:39:23pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]