REKS SHORT ESCAPE | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » REKS SHORT ESCAPE

REKS SHORT ESCAPE

   
   

HULU LANGAT, 20 Januari 2024 - Program Reks Short Escape merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Sekretariat Sukan Dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Sesi 2023/2024, Kolej Tan Sri Aishah Ghani Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama daripada Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Pusat Wakaf, Zakat Dan Endowmen serta Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar bacelor daripada Kolej Tan Sri Aishah Ghani yang kurang memberangsangkan dalam pelajaran supaya tidak berputus asa dalam mencapai kejayaan khususnya dalam bidang akademik. Selanjutnya, program ini diharapkan dapat menyemai beberapa impak positif kepada pelajar seperti iltizam dalam belajar, sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain. Seiring dengan perancangan, program ini telah dijayakan di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat pada pukul 6.30 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang pada 20 Januari 2024.

Kehadiran tetamu kehormat di akhir program, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani telah menjadikan program tersebut lebih berprestasi. Kekuatan yang menonjol ketika keberlangsungan program ini adalah persediaan dalam waktu yang sangat singkat dengan kerjasama ahli jawatankuasa seterusnya perancangan yang sangat teliti demi menganjurkan program yang lancar. Kelemahan utama adalah dari segi pengurusan lokasi program yang terletak sedikit jauh daripada pintu masuk utama serta beberapa fasiliti seperti surau dan tandas. Walaupun terdapat beberapa kesulitan, namun program masih berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Maka dengan ini, cadangan penambahbaikan bagi permasalahan tersebut adalah dengan merancang lokasi program dengan lebih teliti dan strategik di masa akan datang.

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 18/03/2024 | wanrohani

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXEPCAF~