|
Avengers Endgame ini merupakan program berkala sesi ketiga yang berkonsepkan bedah filem membawa tujuan untuk menyuntik kesedaran dalam kalangan pelajar Kolej Tiga Belas tentang cabaran hidup golongan yang dilahirkan berbeza daripada insan biasa melalui filem-filem yang bakal ditayangkan. Program ini akan diadakan pada 27 Mac 2021 (Sabtu). Filem-filem yang bakal dibedah merupakan filem-filem Blockbuster yang mempunyai pelbagai nilai-nilai yang cuba disampaikan oleh penulis sepanjang filem ditayangkan. Program ini dilaksanakan secara terbuka kepada pelajar di Kolej Tiga Belas. Program ini juga diharap dapat menjadi platform terbaik bagi melahirkan para pelajar dan graduan yang mempunyai nilai-nilai murni untuk berbakti pada masyarakat serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi melalui penekanan dan pembentukan nilai kemahiran insaniah yang diperoleh melalui program ini.
|
|
OBJEKTIF |
|
1) Mengeratkan silaturrahim antara pelajar sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan dan melahirkan rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada masyarakat. (CS, TS) 2) Melatih pelajar untuk berfikir dan mengambil pengajaran daripada filem yang ditayangkan berdasarkan tema yang dibawa. (CTPS, LL) 3) Melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. (CS) |
|
PELAKSANAAN |
|
Program The Flick Autopsy: Avengers Endgame dianjurkan oleh Sekretariat Teknologi Maklumat dan Publisiti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dan telah disertai oleh pelajar asasi, bacelor dan siswazah. Program yang berkonsepkan bedah filem ini mengupas persoalan yang terdapat di dalam filem yang dipilih. Program ini diketuai oleh saudara Muhammad Syahmi bin Nasrudin. |
|
HASIL PEMBELAJARAN |
|
1) Program The Flick Autopsy: Avengers Endgame ini dapat menyuntik nilai-nilai murni serta mengasah keberanian dalam diri para pelajaruntuk berkomunikasi dengan khalayak ramai. 2) Melahirkan masyarakat yang cakna tentang kepentingan nilai-nilai murni serta mempunyai semangat perpaduan yang tinggi 1) Membentuk negara yang mempunyai rakyat yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara agar keharmonian dan keamanan negara terjamin |
|
PENGHARGAAN |
|
1) Pihak Pengurusan Kolej Tiga Belas 2) Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas |

Program The Flick Autopsy: Avengers Endgame bermula

Sesi bedah filem bermula bagi mengupas persoalan yang terdapat di dalam filem yang dipilih

Sesi bedah filem diakhiri dengan sesi penggulungan daripada para peserta dan jawatankuasa pelaksana
Tarikh Input: 18/04/2021 | Kemaskini: 20/04/2021 | norazlina_m

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN