PERTANDINGAN DEBAT BELIA INTERKOLEJ UPM 2020
SERDANG, 29 FEBRUARI – Program Debat Belia Interkolej UPM 2020 merupakan sebuah program akademik yang dianjurkan oleh Sekretariat Akademik dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kelab Debat Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 29 Februari 2020 sehingga 2 Mac 2020 di Kolej Tiga Belas dan Panggung Percubaan UPM.
Program ini telah mencapai matlamat yang telah digariskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Putra Ikon iaitu Puta Visibiliti dan Putra Talent. Program ini juga telah memupuk kemahiran berkomunikasi yang diperlukan untuk menjadi seorang mahasiswa yang berkualiti disamping menjadi platform untuk para mahasiswa bagi menyalurkan idea dan pendapat mereka berdasarkan isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan belia. Program ini juga membentuk mahasiswa yang petah berucap di khalayak ramai dengan penuh keyakinan dan mampu mengemukakan idea yang bernas selain mewujudkan mahasiswa yang peka dengan isu-isu semasa. Untuk pengetahuan, Pertandingan Debat Belia Interkolej UPM 2020 bukan sahaja disertai oleh peserta dari setiap kolej UPM malah juga disertai oleh koleh IPTA dan IPTS contohnya UiTM Kampus Dengkil, UiTM Rembau, IIUM Pagoh, UNITEN dan UKM. Ini mewujudkan jalinan dan pertukaran ideologi di antara pelajar UPM dengan para pelajar dari universiti lain. Seramai 96 orang peserta telah menyertai Pertandingan Debat Belia Interkolej UPM 2020 ini yang terdiri daripada 24 pasukan.

Tarikh Input: 16/03/2020 | Kemaskini: 28/12/2020 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN