Program Budaya Bahasa Kolej Tiga Belas, UPM Dalam Norma Baharu | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » Program Budaya Bahasa Kolej Tiga Belas, UPM dalam Norma Baharu

Program Budaya Bahasa Kolej Tiga Belas, UPM dalam Norma Baharu

[SERDANG, 30 NOV – 13 DIS] —Sekretariat Akademik dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas, Kelab Debat Bahasa Melayu UPM, Kelab Pantun dan Puisi Cenderawasih UPM dan Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM telah mengadakan Program Budaya Bahasa yang telah disertai oleh para pelajar asasi dan pelajar bacelor Kolej Tiga Belas secara atas talian seiring dengan norma baharu.

Sebanyak lima (5) pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Debat selama tiga hari secara dalam talian melalui applikasi Google Meet iaitu pada 5-6 Disember bagi pusingan pertama, kedua, ketiga, suku akhir dan separuh akhir manakala 13 Disember bagi pusingan akhir.

Manakala bagi empat (4) lagi pertandingan iaitu Pertandingan Sajak Berkumpulan, Pertandingan Pidato, Pertandingan Bicara Sejenak, dan Pertandingan Forum. Peserta diberi tempoh selama 1 minggu untuk merakam persembahan mereka mengikut tema yang yang telah ditetapkan iaitu Bahasa sebelum memuat naik ke laman sesawang YouTube untuk dinilai oleh pihak juri.

Majlis Perasmian Penutupan Program Budaya Bahasa dan pentas akhir bagi Pertandingan Debat Budaya Bahasa pada 13 Disember 2020 telah dihadiri oleh Prof.Madya Dr Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua Kolej Tiga Belas, Dr Muhd Firdaus Ismail, Ketua Felo Kolej Tiga Belas dan Pn Siti Noriza Ahmad, Pegawai Tadbir Kolej Tiga Belas . Majlis ini mendapat sambutan yang hangat dari semua warga Kolej Tiga Belas dan Universiti Putra Malaysia. Jumlah tontonan siaran langsung seramai 500 orang telah direkodkan di laman sesawang Facebook rasmi Kolej Tiga Belas pada Majlis Perasmian Penutupan Program Budaya Bahasa.

Peserta pendebat dari Kumpulan Tuah saudara Noor Daniel Ikmal berkata bahawa program ini merupakan medium yang sesuai bagi para pelajar untuk menonjolkan bakat terpendam yang terdapat dalam diri masing-masing. Saudara Daniel juga berkata bahawa tiada halangan untuk memastikan objektif program ini tercapai walaupun semasa menempuh pandemik COVID-19.

Seterusnya, saudara Muhammad Razi Izairi selaku Johan Pertandingan Pidato Budaya Bahasa juga berkata pertandingan sebegini dapat melahirkan pelajar yang memartabatkan Bahasa Melayu, disamping dapat melahirkan pelajar yang petah berbicara. Walaupun melalui 

penghantaran video persembahan sahaja, namun para peserta masih lagi dapat mencapai objektif program ini.

YBhg. Prof. Dr Ariffin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kelab dan persatuan mahasiswa yang terlibat terutamanya kepada Sekretariat Akademik dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Kolej 13 dan Pengurusan Kolej 13 yang diterajui oleh PM Dr Ahmad Shukri Muhammad Noor.

Beliau berkata program ini perlu diteruskan pada masa hadapan bagi menggalakan penghayatan mahasiswa terhadap kehalusan budaya bangsa disamping menanam sikap jati diri yang jitu dkalangan mahasiswa selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Poster Program Budaya Bahasa Kolej Tiga Belas yang telah dipromosikan di laman-laman media sosial kolej dan kumpulan Whatsapp blok kediaman.

Para ahli jawatankuasa pelaksana Program Budaya Bahasa telah membantu menguruskan persidangan pusingan awal pertandingan debat pada 5-6 Disember 2020

Kompilasi gambar klip video pertandingan-pertandingan
Program Budaya Bahasa yang telah dihantar oleh para peserta.

Timbalan Perdana Menteri Kumpulan Nakama sedang membahaskan usul pada pusingan akhir pertandingan debat Program Budaya Bahasa

Jumlah tontonan siaran langsung seramai 500 orang telah direkodkan di laman sesawang Facebook rasmi Kolej Tiga Belas pada Majlis Perasmian

Sesi bergambar bersama para tetamu jemputan Majlis Perasmian Penutupan Program Budaya Bahasa.

Tarikh Input: 21/12/2020 | Kemaskini: 28/12/2020 | norazlina_m

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
X, (01:44:44pm-01:49:44pm, 20 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]