PESTA KONVOKESYEN 2019 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » PESTA KONVOKESYEN 2019

PESTA KONVOKESYEN 2019

SERDANG, 19 NOVEMBER - Bersempena Pesta Konvokesyen kali ke-43, sebanyak empat pertandingan kebudayaan interkolej telah dijalankan. Keempat-empat pertandingan ialah Rentak Putra, Festival Koir, Festival Nasyid dan Nyanyian Solo. Kolej Tiga Belas telah menghantar wakil bagi kesemua pertandingan. 

Secara keseluruhan, wakil Kolej Tiga Belas telah berjaya menempa nama sebagai Naib Johan Festival Nasyid Interkolej dan penerima Anugerah Vokal Terbaik sempena Rentak Putra. Pasukan nasyid Kolej Tiga Belas, Kumpulan Al-Aasyir terdiri daripada enam orang pelajar siswa telah membawakan lagu bertajuk Ikrar. Bagi pertandingan Rentak Putra, pasukan kolej Band Ethic Trace telah membawakan lagu medley daripada dua buah karya komposer dan penyanyi terkenal, Dato' M. Nasir iaitu lagi Srikandi Cintaku dan Hati Emas. 

Walaubagaimanapun, wakil kolej tidak mempunyai tuah dalam pertandingan koir dan nyanyian solo. Bagi koir, wakil kolej telah membawakan lagu Sejahtera Malaysia. Penyanyi solo kolej, Saudara Ahmad Azfar Daniel Ahmad Affandi telah mempertaruhkan lagu Lelaki Ini, nyanyian asal Anuar Zain. 

Pengetua Kolej Tiga Belas, Ybhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor mewakili pengurusan dan warga kolej merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para peserta dan wakil kolej. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi sokongan moral kepada pasukan-pasukan kolej.

Felo penasihat bagi aktiviti seni dan kebudayaan kolej, En. Syafiq Hariz Ahmad Hanafiah dan En. Mohamad Azren Putra Mat Desa menzahirkan rasa bangga atas komitmen dan kesungguhan para peserta. 

Pasukan Koir Kolej Tiga Belas, Symphony Fansuri

Penyanyi Solo Kolej Tiga Belas, Ahmad Azfar Daniel

Tarikh Input: 13/01/2020 | Kemaskini: 13/01/2020 |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
X, (06:04:21am-06:09:21am, 21 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]