PERTANDINGAN TILAWAH INTERKOLEJ | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » PERTANDINGAN TILAWAH INTERKOLEJ

PERTANDINGAN TILAWAH INTERKOLEJ

   
         
   

 

SERDANG, 16 Disember 2023 - Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah (KTAG), sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kelab Pengurusan Masjid, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Wazan UPM, Persatuan Mahasiswa Islam ( PMIUPM ) dan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Interkolej. Pertandingan ini berlangsung selama 1 hari iaitu pada 16 Disember 2023 dan dijalankan secara fizikal. Lokasi pertandingan ini ialah di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk mendorong minat masyarakat terhadap Al-Qur'an dan menjadi sumber motivasi bagi para peserta untuk meningkatkan kualiti bacaan Al-Qur'an mereka.

Pertandingan Tilawah Interkolej yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah (KTAG) telah disertai oleh 12 orang dari beberapa Kolej Kediaman di UPM. Setiap kolej, dikehendaki untuk menghantar 1 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan. Terdapat 8 buah kolej kediaman yang menghantar wakil untuk pertandingan ini. Pada hari kejadian, pertandingan bermula dengan kategori Lelaki yang disertai oleh 7 orang wakil dari kolej kediaman UPM. Selepas tamat pusingan kategori lelaki dan majlis berehat, majlis diteruskan pula dengan kategori perempuan yang disertai oleh 5 orang wakil dari kolej kediaman UPM. Majlis turut di meriahkan lagi dengan kehadiran Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor; Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani.

Tarikh Input: 04/12/2024 | Kemaskini: 04/12/2024 | wanrohani

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (11:18:11am-11:23:11am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]