![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
|
SERDANG, 28 April –Sekretariat Akademik dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah (KTAG), sesi 2022/2023 dengan kerjasama Kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan pertandingan Debat Belia Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Piala Tan Sri Aishah Ghani 2024. Edisi kali ini merupakan edisi ke-8 sejak ia pertama kali dianjurkan. Pertandingan ini berlangsung selama 3 hari bermula 26 April 2024 sehingga 28 April 2024 dan dijalankan secara fizikal. Sebanyak dua lokasi iaitu Dewan Kuliah Akademik Pusat, Universiti Putra Malaysia dan Auditorium Jurutera Radin Umar,Universiti Putra Malaysia telah digunakan. Pertandingan tahunan ini dianjurkan bertujuan untuk menyediakan platform bagi mencungkil bakat mahasiswa seluruh Malaysia dalam perdebatan Bahasa Melayu serta menanam pemikiran kritis dalam diri mahasiswa. Hasilnya, lebih ramai mahasiswa yang kompeten dapat dilahirkan dan mampu untuk mendepani cabaran daya saing pada masa hadapan.
Pertandingan Debat Belia Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Piala Tan Sri Aishah Ghani 2024 yang dianjurkan oleh Sekretariat Akademik dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah (KTAG) telah disertai oleh 40 pasukan dari beberapa Kolej Institusi Pendidikan Awam di Malaysia. Antaranya ialah Universiti Malaya (UM),Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah,Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat (KPTM) , Universiti Multimedia Cyberjaya (MMU) dan lain-lain lagi. Pada hari pertama, pusingan 1 dijalankan di Dewan Kuliah Akademik Pusat bermula jam 8:45 malam. Pada hari seterusnya, pusingan 2,3, 4 dan suku akhir pula dijalankan di lokasi yang sama. Manakala pusingan akhir dan Majlis Penutup DELIA 2024 diadakan di Auditorium Jurutera Radin Umar,Universiti Putra Malaysia. Pusingan akhir DELIA dan Majlis Penutup juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Puan Huznah binti Sa’it; Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad; Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia, Cik Nurshuhairah binti Rosmi; Pengarah Program bagi Pertandingan Debat Belia 2024 “Piala Tan Sri Aishah Ghani”, Cik Nur Sabrina Marzuki; Ketua Felo Kolej Tan Sri Aishah Ghani Universiti Putra Malaysia dan akhir sekali Prof. Madya Ir. Dr. Daljit Singh A/L Karam Singh; Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
Tarikh Input: 03/12/2024 | Kemaskini: 20/02/2026 | wanrohani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN