NURTURING FUTURE AGENT 2023 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » NURTURING FUTURE AGENT 2023

NURTURING FUTURE AGENT 2023

 

SERDANG, 27 NOVEMBER 2023 –  Nurturing Future AGEnT 2023 Sekretariat Keusahawanan Kolej Tan Sri Aishah Ghani telah berhasrat untuk menganjurkan program jangka masa panjang berbentuk latihan keusahawanan kepada mahasiswa kolej di mana aktiviti yang dirancangkan akan berlangsung di Dewan Putra 1, sepanjang semester 1 dan 2 sesi 2023/2024 . Program ini dianjurkan bagi memupuk kemahiran keusahawanan di peringkat awal  serta mengembangkan kerjaya mahasiswa dalam bidang keusahawanan. Hal ini  sejajar dengan hasrat pengetua untuk melahirkan usahawan dalam kalangan mahasiswa . Ini selari dengan pelan strategik HEPA UPM iaitu teras E, keusahawanan

Objektif program melahirkan mahasiswa yang mampu mengaplikasikan ilmu keusahawanan dan pandai merebut peluang untuk menjana pendapatan sendiri. Selain itu, untuk membuka minda dan mengasah bakat keusahawanan dalam diri mahasiswa untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan serta membentuk mahasiswa yang berketerampilan unggul dan mempunyai keyakinan diri yang kukuh.

Program Nurturing Future AGEnT 2023 ini juga merupakan platform untuk para pelajar mengenali potensi dan kekuatan diri mereka melalui latihan keusahawanan yang dijalankan. Bukan itu sahaja, malah program ini dapat menguatkan ukhuwah antara peserta dan dapat mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat antara para pelajar.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej dan menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | noriza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (11:29:55pm-11:34:55pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]