
SERDANG, 31 OGOS – Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 13 berkolaborasi dengan pihak pengurusan Kolej 13 telah mengadakan Minggu Jalinan Mersa Pelajar Baharu 2016 yang membuka tirainya pada 31 Ogos sehingga 4 September 2016. Rencana ini yang berlansung selama 5 hari 4 malam yang melibatkan semua ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 13 sesi 2016/2017 diketuai oleh Saudara Muhammad Ikhwan Faris bin Mohamad Fauzi dan dibantu oleh Saudari Huzaifah bt. Zolkepli . Agenda utama program ini berlansung ialah untuk memberi pendedahan yang mendalam kepada Pelajar Baharu Semester Pertama sesi 2016/2017 tentang perihal yang berkaitan tentang cara kehidupan di Universiti Putra Malaysia amnya dan Kolej 13 khususnya. Dalam pada itu, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 13 dapat mencari bakat dan individu yang patut diketengahkan dalam masa yang terdekat untuk berbakti kepada Kolej 13.
Pagi 31 Ogos 2016 dimulakan dengan pendaftaran pelajar dan diteruskan lagi dengan Taklimat Bersama PALAPES,SISPA dan SUKSIS dan Taklimat di Dewan Besar. Pada hari- hari seterusnya semua pelajar ke Dewan Besar untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh pelbagai pihak.
Sabtu, 3 September 2016 berlangsungnya Pertandingan Voice Out dan Freshies Got Talent dimana wakil Kolej 13 telah memberikan persembahan yang memukau namun kemenangan kami bukan di hati juri dalam pertandingan tersebut tetapi di hati ayahanda pengetua Kolej 13.
Pada pagi Ahad, 4 September 2016 aktiviti Gotong Royong telah diadakan untuk menyemai semangat cinta akan kolej. Kawasan seperti Surau Orion, Dewan Putra 1 dan Dataran Phoenix telah dibersihkan. Kawasan blok kediaman pelajar juga tidak dilupakan. Selepas itu, Sukan Warrior pula berlansung di Dewan Putra 1 dimana pelajar lelaki harus berentap antara satu sama yang lain dalam sukan futsal berkain pelikat dan pelajar wanita dalam sukan Bola Beracun berkain batik. Pada malamnya, Malam Bersama Pengurusan diadakan sebagai penghujung Minggu Jalinan Mesra Pelajar Baharu. Hadiah diberikan kepada para pemenang dan program ini melabuhkan tirainya.




Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN