MERDEKA CHARITY SALES | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » MERDEKA CHARITY SALES

MERDEKA CHARITY SALES

SERDANG, 29 OGOS  – Kolej Tiga Belas mengadakan mesyuarat bagi mengadakan program “Merdeka Charity Sale” bersempena dengan pendaftaran pelajar ijazah tahun pertama. Hal ini bertujuan untuk menjayakan program Faith Affection and Instill Togetherness with the Homeless (F.A.I.T.H). Tujuan utama jualan amal ini dilakukan adalah untuk mengutip sedikit sebanyak dana bagi menjayakan program (F.A.I.T.H) yang akan dijalankan pada November hadapan. Mesyuarat diadakan bagi membahagikan tugasan untuk mengutip barangan terpakai seperti pakaian, barangan elektronik mahupun sumbangan di sekitar kawasan kolej. Mesyuarat diadakan pada pukul 10.30 malam sehingga 11.00 malam. Mesyuarat dihadiri oleh pengerusi satu Sekretariat Kesukarelawanan selaku ketua bagi mengagihkan tugas kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

Sehari sebelum jualan amal diadakan, semua sukarelawan mengumpul barangan yang telah dikutip di bilik tari bagi mengklasifikasikan mengikut harga dan jenis pakaian. Sejumlah wang bernilai RM 84 berjaya dikutip hasil sumbangan para pelajar dan kakitangan Kolej Tiga Belas sepanjang kutipan diadakan. Ahli Jawatankuasa yang bertugas dibahagikan untuk mendirikan tapak jualan di Dataran Phoenix. Pakaian dibahagikan mengikut jenis sumbangan. Terdapat juga pakaian yang telah dilabelkan harganya oleh pemilik. Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik untuk mendirikan tapak jualan bertindak dengan menyediakan tempat menyangkut pakaian dan menggantung banner bagi menarik pelanggan yang hadir pada hari pendaftaran. Dua tabung derma turut disediakan bagi mengutip sumbangan pada hari kejadian

Pada hari pendaftaran, Ahli jawatankuasa telah dibahagikan tugas bagi mengutip sumbangan dan menjual. Ahli Jawatankuasa telah dibahagikan kepada dua shif iaitu shif pagi bermula pada 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan shif petang bermula pada 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang. pendaftaran bermula sekitar pukul 8.00 pagi dan barangan terpakai yang dipamerkkan sedikit sebanyak menarik hati para pelanggan yang berkunjung di tapak jualan. Antara barangan terpakai yang dijual di tapak jualan adalah , cermin mata, topi , t – shirt, pelbagai jenis tudung dan seluar jeans. Jualan yang diadakan cukup memberangsangkan. Pada waktu petang, ahli jawatankuasa mula untuk menjual di sekitar dewan kolegiat dan mendapat sambutan yang menarik. Sumbangan berupa wang ringgit juga berjaya dikutip pada hari kejadian. Pada pukul 5.00 petang, sesi pendaftaran telah pun tamat. Sukarelawan yang bertugas menyimpan kembali barangan dan alatan yang telah digunakan. Anggaran jumlah sumbangan hasil jualan mencapai target yang telah ditetapkan.     


Tarikh Input: | Kemaskini: | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (06:53:56pm-06:58:56pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]