MALAM PERMATA GEMILANG 2019 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » MALAM PERMATA GEMILANG 2019

MALAM PERMATA GEMILANG 2019

MPG19

SERDANG, 21 DISEMBER -

Kolej Tiga Belas telah menganjurkan satu majlis makan malam rasmi iaitu Malam Permata Gemilang 2019 (MPG 2019) bagi meraikan para pelajar bacelor tahun akhir dan tahun tiga serta program Asasi Sains Pertanian (ASPer). MPG 2019 telah diadakan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM. Turut hadir ialah YBrs. Pn. Noorizai Muhamad Noor, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA UPM; dan YBrs. Prof. Madya Dr. Khairul Mazmi Ahmad, Timbalan Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM; pengetua-pengetua kolej kediaman serta pegawai-pegawi kanan UPM.

Pada majlis tersebut, seramai 33 orang pelajar telah menerima anugerah penghargaan daripada pihak kolej. Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Pengurusan Kolej Tiga Belas, dan barisan Eksekutif Pelaksana Malam Permata Gemilang 2019 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (02:23:08am-02:28:08am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]