MALAM BERSAMA SEKRETARIAT
SERDANG, 13 NOVEMBER – Malam Bersama Sekretariat yang telah berlangsung melalui platform facebook rasmi Kolej Tiga Belas ini merupakan satu program yang bertujuan untuk memberikan ruang kepada para pelajar Kolej Tiga Belas, khususnya pelajar baharu Asasi Sains Pertanian dan juga pelajar tahun satu beramah-mesra bersama wakil Majlis Perwakilan Kolej Tiga Belas. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas ini.
Program Malam Bersama Sekretariat ini buat pertama kalinya dilakukan secara dalam talian atas sebab pandemik Covid-19 tetapi ia dapat dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif program iaitu mahu menjadikan ia sebagai salah satu medium bagi membantu para pelajar Kolej Tiga Belas mengenali lebih dekat bersama barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tiga Belas yang baharu sesi 2020/2021 serta memberikan pengenalan secara terperinci berkenaan dengan sekretariat yang telah ditubuhkan di Kolej Tiga Belas bagi sesi 2020/2021. Program ini telah dihadiri dengan beberapa tetamu jemputan dalam kalangan barisan TOP 7 iaitu saudara Wan Nurriduan Zulkarnain Wan Zainuddin, presiden kolej, saudari Nur Cempaka Edlin Rosli, timbalan presiden 1, saudari Fatin Ayuni Kamaludin, setiausaha 2 dan saudara Mohammad Haziq Zikri Zainuri, bendahari kehormat 2.
“Tahniah dan syabas ya. Walaupun tidak semua ada secara fizikal namun berjaya juga buat 1 video pengenalan. Mantap,” kata saudara Ahmad Shukry Yahya iaitu merupakan salah seorang pelajar Kolej Tiga Belas yang turut hadir dalam program ini secara dalam talian.


Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | norazlina_m

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN