Malam Bersama Pengurusan Kolej Tiga Belas | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » Malam Bersama Pengurusan Kolej Tiga Belas

Malam Bersama Pengurusan Kolej Tiga Belas

MALAM BERSAMA PENGURUSAN

 

SERDANG, 7 NOVEMBER – Malam Bersama Pengurusan Kolej Tiga Belas merupakan satu program yang bertujuan untuk memberikan ruang kepada para pelajar Kolej Tiga Belas, khususnya pelajar baharu Asasi Sains Pertanian dan juga pelajar tahun satu beramah-mesra bersama pihak pengurusan kolej. Program yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas ini telah berlangsung melalui platform Facebook rasmi Kolej Tiga Belas.

Program Malam Bersama Pengurusan Kolej Tiga Belas ini buat pertama kalinya dilakukan secara dalam talian atas sebab pandemik Covid-19 tetapi ia dapat dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif program iaitu mahu menjadikan ia sebagai salah satu medium bagi membantu para pelajar Kolej Tiga Belas mengenali lebih dekat mengenai organisasi kolej yang baharu sesi 2020/2021 serta membuka peluang kepada para pelajar bertanya mengenai sebarang persoalan yang berkaitan dengan pengurusan kolej dan juga kebajikan pelajar kepada tetamu jemputan yang hadir. Program ini telah dihadiri dengan beberapa tetamu jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, ayahanda pengetua Kolej Tiga Belas, Pn. Siti Noriza Samad, pegawai tadbir Kolej Tiga Belas serta Dr. Mohd Firdaus Ismail, ketua felo Kolej Tiga Belas.

 “Saya suka adanya malam yang sebegini kerana seronok dan dapat mengisi masa dengan input yang berguna,” kata Saudari Nurul Anis Mazrulhisham iaitu merupakan salah seorang pelajar Kolej Tiga Belas yang turut hadir dalam program ini secara dalam talian.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 20/11/2020 | Kemaskini: 20/11/2020 | norazlina_m

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (10:13:09pm-10:18:09pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]