LETS PLAY 4.0 @ MINGGU TELITI | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » LETS PLAY 4.0 @ MINGGU TELITI

LETS PLAY 4.0 @ MINGGU TELITI

 

SERDANG, 25 NOVEMBER - Sekretariat Teknologi Maklumat dan Publisiti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan program yang berfokuskan kepada pendedahan tentang Teknologi Maklumat Dan Pulisiti di mana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disertai oleh para pelajar Kolej Tan Sri Aishah Ghani.

Program ini berlangsung selama seminggu bermula 20 hingga 25 November. Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan iaitu Pertandingan

Your Logo Your Identity, Pertandingan Video Kreatif: Tradisional Outfit, Forum: Bahaya Ancaman Scammer dan Tayangan Filem. Seramai 59 orang peserta telah menyertai forum, 144 orang peserta Tayangan Filem dan 38 orang peserta telah menghadiri majlis penutup.

Bagi Pertandingan Your Logo Your Identity, seramai 23 orang pelajar telah menyertai dan 10 orang pemenang telah dipilih dari setiap blok kolej. Bagi Pertandingan Video Kreatif: Tradisional Outfit, 7 orang peserta telah menyertai dan 3 pemenang telah dipilih berdasarkan penilaian juri-juri.

Program-program yang diadakan pada Minggu TELITI telah memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada peserta dalam penghasilan logo dan penjenamaan melalui aplikasi pintar seperti Canva, memberi peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat dalam penhasilan video secara kreatif dan sinematik, dapat menimba ilmu pengetahuan tentang ancaman atas talian (scammer) dan memahami seni pembuatan filem yang berdasarkan konsep Teknologi Maklumat dan Publisiti seperti sinematografi, penyuntingan dan rekaan bunyi.

Justeru itu, Minggu TELITI adalah platform yang memberi pendedahan awal kepada jawatankuasa pelaksana dalam melaksanakan program mengikut protokol dan menjadi persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Diharapkan agar program ini dapat melahirkan mahasiswa yang bijak dalam penggunaan IT serta mampu untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | sue_ainie

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (12:34:27am-12:39:27am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]