Lawatan Sambil Belajar Ke Urban Farming Krt Kajang Utama | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI ktag
» BERITA » Lawatan Sambil Belajar Ke Urban Farming Krt Kajang Utama

Lawatan Sambil Belajar Ke Urban Farming Krt Kajang Utama

KAJANG, 9 JANUARI – Seramai 12 orang pelajar dari Kolej 13 yang terdiri dalam kalangan Majlis Perwakilan Kolej serta Koordinator Zon Projek Tani Lestari Kolej Tiga Belas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Urban Farming KRT Kajang Utama. Tujuan kedatangan para pelajar adalah untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan sistem Unity Gardening Farming (UGD). Sistem UGD atau lebih dikenali sebagai Unity Gardening Farming merupakan satu sistem pertanian tanpa cangkul. Sistem ini merupakan satu sistem yang amat efisien untuk dilaksanakan di pelbagai kawasan, termasuk di kawasan yang memiliki ruang yang terhad Sistem ini juga mengamalkan konsep kelestarian hijau dalam skop pertanian kerana melalui penggunaan sistem ini dapat menggalakkan para petani untuk menggunakan baja kompos dalam sistem penanaman pokok yang dilakukan. Melalui lawatan ini para pelajar yang hadir telah mempelajari tiga modul utama dalam sistem UGD ini iaitu kaedah pembuatan UGD, prosedur penanaman dan sistem pembuatan baja organik dalam tong drum UGD. Sistem ini amat penting untuk dipelajari kerana sistem ini sangat efisien untuk diaplikasikan di kawasan kolej terutama sekali di Pusat Lestari K13. Melalui pembelajaran ini, amatlah diharapkan bahawa ilmu yang dicurahkan itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para pelajar untuk memastikan Projek Tani Lestari Kolej Tiga Belas ini dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan mencapai objektifnya.

 

Sesi pembelajaran disampaikan oleh moderator program

 

Demonstrasi pemasangan sistem UGD dilakukan oleh moderator

 

 

Cenderamata disampaikan oleh saudari Zulhijjah kepada penganjur

 

Tarikh Input: 04/02/2021 | Kemaskini: 04/02/2021 | norazlina_m

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
X, (10:53:59pm-10:58:59pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]