Kursus Pemantapan Organisasi 2019 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » Kursus Pemantapan Organisasi 2019

Kursus Pemantapan Organisasi 2019

 

SERDANG, 7 OKTOBER - Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) 2019 merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh TOP 7 Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Tiga Belas bertujuan untuk melahirkan MPK yang proaktif dalam menjalankan tanggungjawab yang dipikul disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada MPK tentang hala tuju organisasi setelah berlakunya penggabungan kolej-kolej di Universiti Putra Malaysia. Pengisian modul yang bermanfaat serta penuh dengan maklumat disediakan supaya para peserta mendapat output yang berkesan agar dapat dimanfaatkan sebaiknya sepanjang tempoh mereka berkhidmat di Kolej Tiga Belas. Melalui kursus ini juga, perancangan dan kertas kerja bagi program-program yang akan dianjurkan pada semester hadapan telah dihasilkan.  

Klik sini untuk laporan aktiviti. 

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (12:21:56am-12:26:56am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]