
Pengetua Kolej Tiga Belas, Felo, AJK dan para peserta KUKPA 2020 bergambar kenang-kenangan.
SERDANG, 24 FEBRUARI - Kursus Kesukarelawan Pelajar Asasi (KUKPA) 2019 merupakan program kesukarelawan yang diadakan khusus buat pelajar Asasi Sains Pertanian di Kolej Tiga Belas dengan tujuan untuk memupuk semangat kesukarelawan dalam diri para pelajar yang terlibat. Program ini juga merupakan salah satu platform untuk mencari pelapis bagi Majlis Perwakilan Kolej (MPK) pada sesi akan datang. Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas sesi 2019/2020, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia. Program ini berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu pada 15-16 Februari 2020 bersamaan hari Sabtu dan Ahad dan bertempat di Ladang 15, Fakulti Pertanian dan Sultan Idris Shah Foresty Education Centre (SISFEC), Puchong, Selangor.
Kursus ini mampu menjadi medan yang berkesan untuk menyemai sifat kesukarelawan serta meningkatkan ciri kepimpinan dalam kalangan pelajar asasi. Program ini juga dapat menjadikan pelajar peka terhadap keadaan sekeliling dan dapat menjaga kebajikan mereka sendiri selain dapat mengembangkan kemahiran komunikasi secara perseorangan dalam kalangan pelajar. Seterusnya, kursus ini juga dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam memimpin suatu tugasan dan bertanggungjawab dalam menjalani tugas mereka. Para peserta akan dinilai berdasarkan gerak kerja yang telah ditetapkan dalam program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah jungle trekking, gotong-royong membersihkan kawasan SISFEC, riadah, aktiviti LDK dan gotong-royong membersihkan Ladang 15, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Para peserta KUKPA 2020 bersama felo dan AJK selepas aktiviti Jungle Trekking di SISFEC, UPM.
Majlis penutup telah diadakan pada 16 Februari 2020 dan dirasmikan oleh tetamu kehormat, Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Bin Muhammad Noor, selaku Pengetua Kolej Tiga Belas, UPM. Beliau memberi sedikit ucapan berkaitan program ini dan berterima kasih kepada pihak penganjur dan peserta atas kejayaan program KUKPA 2019 ini. “Program ini juga merupakan satu platform bagi anda semua menjadi antara jawatankuasa majlis perwakilan kolej kerana anda telah dipilih berdasarkan kemampuan serta kelebihan yang anda semua miliki,” katanya semasa merasmikan dan menutup program KUKPA 2019 ini. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti LDK dan minum petang.
Para peserta sedang melakukan aktiviti gotong-royong di Ladang 15, UPM.
Para peserta berpeluang melakukan aktiviti di kandang haiwan ternakan UPM.
Tarikh Input: | Kemaskini: |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN