KEM JATI DIRI PELAJAR SPM 2023 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » KEM JATI DIRI PELAJAR SPM 2023

KEM JATI DIRI PELAJAR SPM 2023

   
   

SERDANG, 21 JANUARI 2024 – Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023 merupakan sebuah program berbentuk sukarelawan  yang dianjurkan oleh barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian (HICOM ASPer), Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan 6, Kampung Sungai Bunyi Mukim Rimba Terjun, Pontian Johor bertujuan untuk membantu menaikkan semangat pelajar B40 untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diadakan pada Mac 2023.

Objektif Kem ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar dengan memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjut pengajian selepas tamat SPM nanti. Program Kem Jati Diri Pelajar SPM 2023 ini juga merupakan platform untuk para pelajar mengenali potensi dan kekuatan diri mereka melalui latihan dalam kumpulan yang dijalankan. Bukan itu sahaja, malah kem ini dapat menguatkan ukhuwah antara peserta dan dapat mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat antara para pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM.

Diharapkan aktiviti komuniti seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar kolej dan menggalakkan pelajar untuk menyertai lebih banyak program-program kolej yang bakal dianjurkan.

Tarikh Input: 20/03/2024 | Kemaskini: 01/04/2024 | sue_ainie

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
SXFYLAn~