![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kejohanan Sukan Tan Sri Aishah Ghani (SUAG) yang dianjurkan oleh Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) telah disertai oleh pelajar Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER). Pada 7 Ogos 2023, taklimat program dijalankan di Dewan Putra 1 bermula jam 8 malam dan disusuli dengan pertandingan catur. Pada 8 Ogos 2023, pertandingan Bola Tampar (L) dan Bola Jaring (P) telah dilaksanakan pada sebelah petang bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) dan Padang Serumpun. Manakala di sebelah malam, pertandingan Badminton (P) dan Bola Baling (L) & (P) telah dijalankan di Dewan Putra 1 dan Padang Serumpun. Pada 9 Ogos 2023, pertandingan Bola Tampar (P) dan Futsal (L) dilaksanakan pada sebelah petang bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) dan Padang Serumpun manakala di sebelah malam, pertandingan Badminton (L) dan pertandingan akhir Bola Baling (L) & (P) telah dipertandingkan. Pertandingan akhir Bola Jaring (P) telah diadakan pada 10 Ogos 2023 di sebelah petang. Pada waktu malam, pertandingan akhir Badminton (L) & (P) dijalankan. Pada 11 Ogos 2023, Slot Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Dewan Putra 1. Pada 12 Ogos 2023, aktiviti gotong royong di sekitar KTAG dan pertandingan E-Sport iaitu Mobile Legend (ML) dan Players Unknown Battleground (PUBG) telah dijalankan. Pada 13 Ogos 2023, Sesi Meet and Greet bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Professor Dr. Arifin Bin Abdu dan majlis penutup serta penyampaian hadiah diadakan.
Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 15/03/2024 | norazlina_m

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN