K13 NAIB JOHAN RAGBI (W) SUKOL 19/20 | KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
» BERITA » K13 NAIB JOHAN RAGBI (W) SUKOL 19/20

K13 NAIB JOHAN RAGBI (W) SUKOL 19/20

SERDANG, 10 OKTOBER - Kolej Tiga Belas muncul sebagai Naib Johan bagi Ragbi (W) Sukan Kolej (SUKOL) 2019/2020. Perlawanan akhir antara pasukan Kolej Tiga Belas dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) berakhir dengan skor 0-52 dengan kejuaraan milik KOSASS.

 

YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dalam ucapan apreasi merakamkan sekalung tahniah terhadap para atlet kolej, selain memuji mutu permainan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pemain. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) terutama Sekretariat Sukan dan Rekreasi, pengurus dan jurulatih pasukan serta para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada pasukan kolej.

 

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Kolej Tiga Belas dilatih dan mendapat tunjuk ajar daripada tiga pemain ragbi lelaki kolej sendiri, iaitu Saudara Muhammad Azim Hakimi Amran, Saudara Muhammad Ikmal Mohd Hanafiah dan Muhammad Faris Abdullah Ruzali.

Tarikh Input: 11/11/2019 | Kemaskini: 11/11/2019 |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI AISHAH GHANI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691233
0386566461
W, (09:15:36am-09:20:36am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]