
SERDANG, 26 OKTOBER - Perlawanan akhir Sukan Kolej (SUKOL) bagi pertandingan sofbol (lelaki) menyaksikan Kolej Tiga Belas muncul sebagai juara. Perlawanan yang berlangsung dalam suasana hujan di Padang B UPM berakhir dengan pasukan Biru Kuning berjaya mengalahkan pasukan Kolej Sepuluh (K10) dengan skor 15-6. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharudin, Pengetua Kolej Sepuluh UPM.
Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah para pemain, terutama buat saudara Abdul Haqim Lai Mohd Fikri Lai selaku kapten pasukan. Pasukan sofbol (lelaki) Kolej Tiga Belas mendapat didikan dan sentuhan dari alumni Kolej Tiga Belas yang begitu komited iaitu En. Alliffli Erijuffaldi Aldi Fasri dan En. Muhammad Zia Hul Had Din. Untuk rekod, Kolej Tiga Belas kali terakhir menjuarai sukan sofbol adalah pada tahun 2016.
Pengetua Kolej Tiga Belas, Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dalam ucapan tahniahnya memuji kesungguhan dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain. Sebagai tulang belakang, ucapan penghargaan turut dirakamkan buat para felo dan ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga kolej yang sentiasa menyokong pasukan kolej dalam pelbagai acara.


Tarikh Input: 26/10/2019 | Kemaskini: 27/10/2019 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN