
SERDANG, 10 OKTOBER - Perjuangan Kolej Tiga Belas dalam pertandingan Hoki (W) Sukan Kolej (SUKOL) 2019/2020 berakhir dengan mendapat tempat ke-3. Perlawanan separuh akhir menyaksikan pasukan Kolej Tiga Belas bertemu pasukan Kolej Canselor (KC) A dan berakhir dengan skor 0-1.
YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dalam ucapan apreasi merakamkan sekalung tahniah terhadap para atlet kolej, selain memuji mutu permainan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pemain. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) terutama Sekretariat Sukan dan Rekreasi, pengurus dan jurulatih pasukan serta para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada pasukan kolej.
Salah seorang pemain, iaitu Saudari Siti Nur Zulhijjah Mohd Yusoff telah berjaya dinobatkan dengan Anugerah Pemain Berpotensi. Untuk rekod, beliau merupakan salah seorang Pengerusi Sekretariat Sukan dan Rekreasi Kolej Tiga Belas.

Tarikh Input: 11/11/2019 | Kemaskini: 11/11/2019 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN