SURABAYA, 1 SEPTEMBER - Seramai 20 orang pelajar dan pegawai pengiring dari Kolej Tiga Belas telah mengikuti program mobiliti ke Surabaya, Indonesia. Program Jelajah Intelek tersebut telah berlangsung dari 19 Ogos hingga 1 September 2019. Program ini mendapat kerjasama daripada Universitas Airlangga dan Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jawa Timur.
Program ini secara ringkasnya melibatkan aktiviti diskusi ilmiah dan aktiviti lawatan luar. Aktiviti diskusi ilmiah melibatkan para peserta dan ahli Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) di kedua-dua institusi pengajian tersebut. Perbincangan adalah lebih menjurus kepada isu-isu semasa dan pembangunan mahasiswa, selain berfokus seputar sektor pertanian kedua-dua negara.
Aktiviti luar adalah melibatkan lawatan dan program kebajikan. Para peserta berkesempatan melawat dan melakukan aktiviti di Tadika Anak Ceria di Universitas Airlangga. Antara lawatan luar ialah ke Taman Wisata Mangrove Wonorejo Surabaya, Kebun Binatang Surabaya, House of Semporna, Mirota Batik, dan Pulau Madura. Para pelajar berkesempatan mengikuti Program Nasi Sejuta Harapan di Kampung Perkuburan Rangkah.
Pengarah program, Saudara Syed Hamidi Syed Ali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program Jelajah Intelek. Sesungguhnya program mobiliti sebegini telah memberi pelbagai input dan impak positif kepada para pelajar.
Lawatan ke Kebun Binatang Surabaya
Pegawai pengiring En. Abdul Raub Abdurahman ketika mengikuti Program Nasi Sejuta Harapan
Tarikh Input: 13/01/2020 | Kemaskini: 13/01/2020 |

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN