![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SERDANG, 16 APRIL – Program IQRA’ telah melabuhkan tirainya. Dengan bertunjangkan dua aktiviti utama iaitu Forum Khas IQRA’ : Keilmuan dan Ketamadunan serta IQRA’ : Aktiviti Ayuh Membaca ! , telah memberi impak dan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat sasaran bagi program ini.
Jelas sekali objektif utama IQRA’adalah untuk menyemaikan semangat dan ruh membaca serta menggali ilmu dalam kalangan masyarakat di samping menyediakan patoform yang baik bagi meningkatkan kemahiran holistik bagi seorang inividu. Bermula dengan forum khas yang berlangsung pada 15 April di Dewan Putra 1, menyaksikan dua panel hebat iaitu Dato’ Prof. Dr Abdul Mua’ti Ahmad @ Zamri dan Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar mengupas satu topik yang sangat menarik iaitu berkaitan keilmuan dan ketamadunan.
Forum yang dikendalikan oleh moderator berpengalaman, saudari Hannah Zaihal Hazri jelas menambah seri dan daya Tarik bagi forum ini. Barisan panel dan moderator mengupas tentang pembudayaan membaca dan bagaimana ia menjadi satu asas kepada tunjang keilmuan dan pembinaan tamadun.
“Iqra’ bukan sahaja bermaksud bacalah. Namun ia perlu disertakan sekali dengan menghayati, mengajar dan mujadalah (berdialog) bersama supaya isi kandungan pembacaan dapat dipraktikkan dan disebarkan di dalam masyarakat.” Kata panel kedua, Tuan Sayed Munawar.
Forum ini turut dirasmikan oleh pengerusi Jemaah pengetua kolej kediaman Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah dan dihadiri oleh tetamu kehormat Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, ayahanda Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
Terdapat juga beberapa reruai jualan buku yang dibuka oleh syarikat-syarikat buku terkenal tanah air iaitu Penerbit UPM, The Bibliophile serta IMAN Publication. Jualan buku ini dilakukan supaya para peserta dan pengunjung dapat membeli dan menjadikan tabiat membaca itu sebagai satu tabiat harian.
Pada 16 April 2023, beberapa pelajar Universiti Putra Malaysia telah berkunjung ke rumah anak-anak yatim Asrama Damai Kuang yang terletak di Rawang bagi menjalankan aktiviti ayuh membaca. Peserta yang menyertai aktviti ini adalah seramai 55 orang dari asrama tersebut dan 22 orang fasilitator. Para pelajar dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan seterusnya diminta untuk membaca dan memahami kisah tauladan yang diberikan di dalam kumpulan.
Ahli kumpulan seterusnya dimita untuk membuat lakonan di hadapan rakan-rakan mereka supaya kisah tauladan yang dibaca mereka dapat dikongsi bersama. “Satu perkembangan positif yang dapat disaksikan oleh anak-anak ini dimana pengetahuan mereka dalam kisah tauladan meningkat. Jika sebelum ini, hanya satu daripada lima sahaja mereka tahu, namun selepas aktviti dijalankan mereka telah mengetahu kelima-lima kisah tersebut”. Kata pengarah program, saudara Ajmal Hadi Has-Yun.
Usai aktiviti, para peserta dan fasilitator dan peserta membuka puasa bersama dan mendirikan solat isyak dan terawih berjemaah sebelum para fasilitator yang merupakan pelajar UPM pulang ke UPM pada 10.15 malam.
Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | wanrohani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN